Seni Khat Kufi Murabba’

Khat Kufi adalah salah satu cabang seni kaligrafi Islam dan merupakan yang tertua. Ia digunakan secara meluas dalam penulisan Al-Quran suatu ketika dahulu sebelum khat-khat yang lain muncul. Kufi atau kufic sebenarnya berasal dari perkataan “Kufah” iaitu nama sebuah bandar di Negara Iraq di mana seni khat ini mula-mula digunakan dan dipopularkan. Pada zaman permulaan penulisan di Kufah, Al-Quran ditulis menggunakan tulisan Kufi tanpa ada baris, tidak  seperti apa yang kita baca pada hari ini.

Kufic

Manuskrip teks Al Quran yang ditulis menggunakan tulisan kufi awal . Sumber - http://www.win.tue.nl/~aeb/natlang/arabic/kufic/vk-kufic.html

Pada asasnya, huruf – huruf  khat kufi terbina daripada gabungan bentuk-bentuk segiempat dan garis lurus. Setiap huruf dilukis seringkas yang mungkin untuk membentuk karektor asal dan dalam masa yang sama mudah difahami dan dibaca meskipun oleh orang yang tidak terlibat dengan bidang seni khat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
8 Responses to “Seni Khat Kufi Murabba’”
  1. MFINo Gravatar says:

    boleh tunjuk contoh khat tu tak?

  2. citarekaNo Gravatar says:

    Saudara MFI, setakat ini kalo nak tengok boleh rujuk kat bahagian Kufi weblog ni…CitaReka sedang mengkaji tentang khat Kufi ni dan akan update setelah dapat cukup maklumat…terima kasih

  3. MFINo Gravatar says:

    terima kasih saudara citareka… (selalu tertaip ‘ceritareka’)

  4. RatuTakCantikNo Gravatar says:

    salam.. :) cantik semuanya. Kufi ke nama seni ni…tapi agak susah la nak baca..

    • CitaRekaNo Gravatar says:

      Terima Kasih Cik RatuTakCantik. Seni kaligrafi Islam ini diberi nama Kufi Murabba’. Cuba baca bermula dari bucu bawah sebelah kanan, spiral ikut arah pusingan jam menuju ke tengah. InsyaAllah.

  5. nazNo Gravatar says:

    salam… macamana nak mempelajari seni khat nie.
    terima kasih

  6. CitaRekaNo Gravatar says:

    Salam En Naz. Jika berminat untuk mempelajari seni Khat Kufi, En Naz boleh join group https://www.facebook.com/groups/134555229906187/
    Di sini kami mengadakan sesi pembelajaran dan pengajaran secara online. Terima kasih

Leave A Comment